
Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik akan menyertai Terbuka Perancis di Rennes pada 24 hingga 29 Oktober ini.
KEJAYAAN meraih gelaran pertama Jelajah Dunia BWF di Terbuka Denmark ‘membuka selera’ beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus mengejar kegemilangan musim ini.
Menurut Aaron, walaupun dikecewakan terutama di pentas final sebanyak enam kali sejak digandingkan pada 2017, namun ia tidak pernah mematahkan semangat sebaliknya tetap percaya bahawa satu hari nanti mereka akan mendaki podium tertinggi Jelajah Dunia.
“Kami memang gembira menang gelaran Jelajah Dunia kerana kami memang sudah tunggu lama dan tidak pernah putus asa.
“Gandingan kami sudah lama dan akhirnya dapat juga muncul juara Jelajah Dunia. Sudah tentu kita mahu terus menang lebih banyak lagi kejuaraan,” katanya.



