Misi PDRM di Ipoh capai matlamat

Misi PDRM di Ipoh capai matlamat

PDRM mengakhiri kemarau 32 tahun merangkul kejuaraan Piala Agong selepas mengatasi Putrajaya dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Perak, Ipoh. – Foto KRM

KEJAYAAN skuad ragbi PDRM menjulang trofi Piala Agong yang kali terakhir diraih pada 1991, selepas menewaskan penyandang juara Putrajaya, disifatkan merealisasikan sasaran The Cops dalam kejuaraan tersebut.

Malah, pengendali PDRM, Samuel Rupert Firth Jackson yang menamatkan penantian 32 tahun The Cops menjulang trofi itu menegaskan matlamat utama pasukan adalah memenangi kejuaraan tahun ini selepas mengakhiri kempen tempat ketiga edisi sebelum ini.

“Kami memulakan permainan dengan baik dan berasa selesa pada separuh masa pertama.

“Perancangan pada separuh masa adalah untuk menampilkan persembahan dengan cara sama, tetapi kami percaya pada satu tempoh Putrajaya akan kembali mendapat momentum.

Scroll to Top