
David Raya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Chelsea Ahad lalu. – Foto EPA
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan penjaga golnya, David Raya selepas dikritik oleh penyokong The Gunners susulan aksi kurang memuaskan ketika berdepan Chelsea pada Ahad lalu.
Arteta telah memilih Raya di gawang pasukan sejak beberapa minggu lalu dan meletakkan Aaron Ramsdale di bangku simpanan yang mengecewakan segelintir penyokong Arsenal.
Raya tertewas hasil percubaan silang Mykhailo Mudryk yang menerjah ke gawang semasa seri 2-2 dengan Chelsea dan melakukan satu lagi kesilapan namun gagal dimanfaatkan lawan.
“Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, kesilapan berlaku daripada pemain pertahanan, penyerang dan penjaga gol,” kata Arteta.



