KL, Terengganu dan Pahang tolak Zeon Zoysia

KL, Terengganu dan Pahang tolak Zeon Zoysia

Seorang lelaki berjalan di padang yang baru ditukar kepada jenis rumput Zeon Zoysia pada Perasmian Padang Stadium Nasional baru-baru ini. – Foto Bernama

KUALA Lumpur, Terengganu dan Pahang telah menolak tawaran Kementerian Belia dan Sukan untuk menanam rumput Zeon Zoysia di stadium negeri masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, setakat ini hanya Sarawak yang bersetuju untuk menanam rumput itu manakala negeri lain pula masih memerlukan masa untuk mengkaji tawaran tersebut.

“Kementerian Belia dan Sukan telah mencadangkan supaya semua stadium negeri mempertimbangkan tawaran penggunaan rumput Zeon Zoysia atau yang setaraf dengannya. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kerajaan negeri kerana mereka perlu mengkaji kos dan penyelenggaraan jangka panjang.

“Sehingga kini, hanya Sarawak yang menyatakan persetujuaan untuk gunakan rumput tersebut. Negeri yang tidak bersetuju adalah Terengganu, wilayah Persekutuan dan Pahang yang mahu menggunakan rumput sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Scroll to Top