Oh! Negara
Aktivis menerima ganti rugi RM195,000 selepas Mahkamah Tinggi memutuskan penahanan mereka pada 2021 adalah tidak sah.
Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan dan polis perlu membayar ganti rugi berjumlah RM195,000 kepada 13 aktivis yang ditahan ketika perhimpunan nyalaan lilin di Dataran Merdeka pada 2021.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati penahanan mereka ketika pandemik Covid-19 adalah tidak sah di sisi undang-undang. Setiap aktivis turut menerima ganti rugi am sebanyak RM15,000.
Mahkamah sahkan penahanan tidak sah

Hakim Datuk Anand Ponnudurai berkata mahkamah berpendapat pemberian RM15,000 kepada setiap plaintif adalah adil dan wajar berdasarkan kecederaan yang dibuktikan sepanjang prosiding.
Ganti rugi ini turut mengiktiraf kepentingan hak-hak perlembagaan yang telah dicabuli dan pada masa sama, mengambil kira sifat serta tempoh penahanan selain ketiadaan faktor yang memburukkan lagi keadaan.- Katanya.
Beliau turut memutuskan penangkapan dan penahanan kesemua plaintif pada 19 Ogos 2021 adalah tidak sah serta penahanan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi merupakan satu bentuk pengurungan salah.
Hak perlembagaan turut dicabuli kerajaan

Dalam penghakimannya, hakim turut mendapati hak plaintif di bawah Perkara 5(1) dan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli.
Mahkamah mendapati mereka tidak diberikan peluang yang munasabah untuk berunding dengan peguam pilihan sebelum langkah siasatan penting dijalankan, sekali gus melanggar perlindungan yang diberikan di bawah Perlembagaan.
Kesemua aktivis merupakan antara individu yang ditahan ketika menghadiri acara nyalaan lilin bagi memperingati mangsa Covid-19 di Dataran Merdeka pada 19 Ogos 2021.
Pada masa sama, mahkamah turut memutuskan kerajaan bertanggungjawab secara liabiliti vikarius terhadap penangkapan dan penahanan tersebut. Bagaimanapun, tuntutan bagi ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan tort salah laku dalam jawatan awam telah ditolak.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




