Newcastle pilih jalan berliku

Newcastle pilih jalan berliku

Pemain tengah Newcastle, Anthony Gordon (kiri) cuba merebut bola daripada penguasaan pemain Dortmund, Marius Wolf. – Foto AFP

PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe berkata, pasukannya telah memilih jalan berliku untuk mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas kekalahan 0-1 di tempat sendiri kepada Borussia Dortmund pada awal pagi Khamis.

Felix Nmecha menjaringkan gol tunggal manakala tiang dua kali menafikan gol penyamaan Newcastle di penghujung perlawanan.

Kemenangan pertama gergasi Jerman itu dalam kumpulan yang dianggap paling sukar itu mengangkat Dortmund mengatasi Newcastle dengan rekod pertemuan apabila kedua-dua pasukan memungut empat mata.

Paris Saint-Germain mendahului kumpulan itu dengan enam mata manakala AC Milan di kedudukan tercorot.

Scroll to Top