PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji kebangkitan yang dipersembahkan anak buahnya apabila mengikat Terengganu FC (TFC) 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul, pada Ahad malam.
Katanya, ketinggalan 0-2 pada babak pertama tidak mematahkan semangat pemain skuad Tok Gajah untuk memastikan tidak terlepas mata.
“Saya berpuas hati dengan jentera serangan pasukan yang mempamerkan prestasi positif terutama pada babak kedua untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata.
“Kita bernasib baik kerana angin kedua datang (kebangkitan pada babak kedua). Alhamdulillah, kita boleh beri pujian kepada pemain dan semangat sebegini yang kita inginkan,” katanya pada sidang akhbar sejurus berakhirnya perlawanan itu.



