Nak mengurut tapi jadi mangsa pemuas nafsu

Nak mengurut tapi jadi mangsa pemuas nafsu

Ampang: Niat seorang wanita mendapatkan khidmat urutan di sebuah pusat refleksologi di Pandan Indah, di sini, bertukar tragedi apabila menjadi mangsa seks tukang urut lelaki, Ahad lalu.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa berusia 29 tahun datang ke premis berkenaan untuk diurut, namun dia tidak dimaklumkan tukang urut lelaki akan mengurutnya.

Sumber berkata, pada mulanya tiada apa-apa perkara pelik berlaku, namun suspek mula bertindak tidak senonoh selepas satu jam menyebabkan mangsa yang terkejut cuba meminta bantuan.

“Suspek kemudian menutup mulut mangsa dan meminta wanita itu tidak menceritakan perkara berkenaan kepada sesiapa.

“Mangsa yang ketakutan kemudian terus keluar dari pusat refleksologi itu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah kerana bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Suspek terbabit sudah ditahan polis dan direman sehingga 19 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.

Scroll to Top