PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta sedia bertanggungjawab selepas kekalahan pasukannya 1-3 kepada West Ham United dalam aksi Piala Liga di Stadium London pada Khamis.
Arteta melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya termasuk menyenaraikan Declan Rice di bangku simpanan semasa kepulangan semula pemain tersebut ke West Ham.
Rice, yang menjulang trofi Liga Persidangan Europa sebagai kapten West Ham musim lalu kembali ke kelab lamanya buat kali pertama sejak berpindah ke Gunners.
Namun, dia tidak akan memenangi Piala Liga musim ini bersama Arsenal selepas jaringan Mohammed Kudus dan Jarrod Bowen selain gol sendiri oleh Ben White menyebabkan pasukan utara London itu tersingkir.



