
Adib (dua dari kanan) ketika sidang media POPIC 2023 di Rompin pada Khamis.
PENDAYUNG Pahang, Mohd Adib Kamaruzrizan bertekad bangkit memburu gelaran juara keseluruhan kejohanan kanu antarabangsa, Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 yang membuka tirainya pada Jumaat.
Bagaimanapun, tugas Adib tampak tidak semudah yang dijangka memandangkan dia akan beralih dalam kategori Terbuka Antarabangsa SS1 bagi edisi kedua POPIC tahun ini.
Untuk rekod, atlet berusia 25 tahun itu berjaya menguasai tiga peringkat awal kategori Kebangsaan TK1 tahun lalu, namun gagal mengekalkan momentum tersebut dalam dua baki perlumbaan susulan masalah kecederaan.
“Ya sudah tentu persaingan kali ini lebih mencabar memandangkan saya akan bersaing dalam kategori SS1 yang turut menampilkan peserta dari luar negara termasuk naib juara keseluruhan tahun lalu, Ken Jenkinson.



