Masters KL: Jun Hao raih gelaran kedua Jelajah Dunia

Masters KL: Jun Hao raih gelaran kedua Jelajah Dunia

Jun Hao bersama hadiah yang dimenangi selepas menjadi juara pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kuala Lumpur (KL) Masters Malaysia Super 100 2023 di Stadium Titiwangsa hari ini. – Foto Bernama

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao meraih gelaran Jelajah Dunia kedua buat dirinya selepas menjuarai Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 hari ini.

Pada aksi final di Stadium Titiwangsa, pilihan kedua kejohanan itu mencipta sensasi selepas merakam kemenangan straight set 22-20 dan 21-13 ke atas wakil Taiwan, Lee Chia Hao dalam pertarungan 43 minit.

Terdahulu, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu mengawal permainan set pertama dengan mendahului 11-6 sebelum menoktahkan kemenangan ke atas lawannya yang menghuni ranking ke-37 dunia dengan kelebihan dua mata.

Chia Hao cuba bangkit memberikan tentangan pada set kedua, namun beberapa kesilapan di jaring menghukumnya sekali gus mengesahkan kejuaraan menjadi milik Juara Remaja Asia 2017 itu.

Scroll to Top