Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 milik SMK Meru

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 milik SMK Meru

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad Ahmad Fariz Hassan menyampaikan trofi Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023, kepada pemain SMK Meru selepas perlawanan akhir di Arena MBSJ pada Selasa. – Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Meru muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) 2023 selepas menewaskan SMK Dato’ Harun dalam perlawanan akhir di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Isnin.

Pasukan dari Klang itu muncul juara selepas menewaskan jagoan Tanjung Karang tersebut 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 1-1.

Separuh masa pertama SMK Meru kendalian Muhammad Nazreen Na’im Mohd Zahari yang tampil dengan status bukan pilihan lebih banyak menguasai permainan berjaya menyaingi juara Piala Sumbangsih tersebut.

Asakan demi asakan menyaksikan SMK Dato’ Harun yang tampil dengan status naib juara tahun lalu akhirnya ketinggalan hasil jaringan Nor Ikhwan Norisham pada minit ke-34.

Scroll to Top