Aura Sepang azimat Damok

Aura Sepang azimat Damok

Damok (tengah) bersama Azroy Hakeem (kiri) dan Helmi ketika Sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat Pelumba MotoGP di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Rabu. – Foto Bernama

PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman berazam menjelmakan keputusan positif apabila membuat penampilan di laman sendiri pada Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini.

Syarifuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Damok berkata, dia akan menggunakan kelebihan berlumba di Litar Antarabangsa Sepang itu bagi memburu penamat yang lebih baik di hadapan penyokong sendiri nanti.

“Harapan saya sudah tentu mahu berada (menamatkan perlumbaan) dalam kelompok hadapan minggu ini. Ini kerana saya sudah banyak kali berlumba di Sepang, jadi saya mahu menggunakan kelebihan yang ada di Sepang.

“Tahun ini saya bersama MT (Helmets MSI)… saya yakin pasukan akan memberikan (komitmen) 100 peratus di Sepang minggu ini,” katanya kepada pemberita di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Rabu.

Scroll to Top