Karim, Nour ungguli Skuasy Malaysia ACE 2023

Karim, Nour ungguli Skuasy Malaysia ACE 2023

Karim dan Nour ungguli kejuaraan Piala Skuasy Malaysia ACE 2023 di Kompleks Sukan Tan Sri Dato Dr Haji Mohd Said Seremban 2 pada Jumaat.

KARIM Abdel Gawad dan Nour El Tayeb dari Mesir muncul juara lelaki dan wanita Kejohanan Skuasy Piala Skuasy ACE Malaysia 2023 selepas mengalahkan lawan masing-masing dalam aksi final di Gelanggang Skuasy Kompleks Sukan Haji Mohd Said Seremban 2, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Karim, 32, pemain nombor enam dunia dan pilihan kedua kejohanan membawa pulang hadiah wang tunai ASS$51,500 (RM242,462) selepas mengalahkan rakan senegara Mostafa Asal 11-8, 12-10, 11-5 dalam masa 50 minit pada aksi di pentas final.

Beliau berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasinya selepas baru kembali semula selepas kecederaan dan bertekad untuk tetap memberi saingan pada kejohanan seterusnya.

“Saya sangat bersyukur untuk kembali semula di gelanggang dan menikmati setiap detik…tidak sabar kejohanan seterusnya di Hong Kong akhir bulan ini,”kata Karim kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Scroll to Top