TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team

TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team

Tunku Ismail (depan, kiri) bersama Hafizh Syahrin meninjau garaj motosikal miliknya. – Foto Facebook Johor Southern Tigers

HANYA selepas sebulan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman hasrat untuk menubuhkan pasukan JDT Racing Team, perbincangan awal telah berlangsung melibatkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Kedua-dua watak penting dalam penubuhan satu lagi cabang sukan dalam JDT itu bertemu dalam satu majlis di Johor Bahru yang menandakan permulaan projek baharu ini dan turut dihadiri Valeriano Rodriguez, pengurus teknikal JDT Racing Team.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku Ismail membawa Hafizh Syahrin dan tetamunya melawat garaj kereta miliknya.

“Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor telah bertemu Hafizh Syahrin, pelumba dan Valeriano (Rodriguez) untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.

Scroll to Top