RENTAK kemenangan juara dunia Argentina dalam 14 perlawanan berakhir selepas dijinakkan Uruguay dalam aksi Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan di Stadium Bombonera, Buenos Aires.
Gol jaringan pemain pertahanan Ronald Araujo pada minit ke-41 sebelum penyerang Liverpool, Darwin Nunez memastikan kemenangan mutlak menerusi gol minit ke-87 dalam pertembungan sengit tersebut.
Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan pertama Lionel Messi yang mengetuai Argentina dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dan kekalahan pertama sejak dikejutkan Arab Saudi 1-2 pada pusingan akhir 2022 di Qatar tahun lalu
“Menjadi juara dunia tidak menjadikan kami tidak terkalahkan, hari ini Uruguay lebih baik daripada kami. Kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.



