GAZA CITY – Selepas berminggu-minggu Israel memaksa penduduk utara Gaza melarikan diri ke selatan kini rejim itu memaksa penduduk di selatan pula meninggalkan rumah masing-masing.
Al Jaazera melaporkan, penduduk di kawasan timur Khan Younis yang terletak di selatan Gaza telah menerima risalah yang memberitahu mereka untuk melarikan diri
Tentera Israel telah menggugurkan beribu-ribu risalah di beberapa kawasan di Khan Younis yang mengarahkan penduduk berpindah dengan segera.
Penduduk di Khuzaa, Abassan, Bani Suhaila dan Al Qarara berkata, pesawat Israel menggugurkan risalah pada Rabu dan awal Khamis memberi amaran kepada mereka untuk mengosongkan rumah masing-masing.
“Untuk keselamatan anda, anda perlu mengosongkan tempat kediaman anda dengan segera dan menuju ke tempat perlindungan yang diketahui.
“Sesiapa sahaja yang berhampiran dengan Hamas atau kemudahan mereka membahayakan nyawa mereka, dan setiap rumah yang digunakan oleh Hamas akan menjadi sasaran,” tulis risalah itu.
Khan Younis adalah kawasan terbesar di Gaza dan menjadi tempat perlindung berpuluh ribu penduduk dari utara yang melarikan diri selepas dipaksa oleh Israel yang memulakan kempen mengebom kawasan perumahan awam, sekolah, kem pelarian dan hospital.
Kawasan yang menempatkan lebih 100,000 orang pada masa aman kini melindungi berpuluh-puluh ribu pelarian yang menjadikan ia penempatan yang padat.
Arahan rejim zionis tersebut membuatkan penduduk dalam keadaaan binggung kerana tidak ada tempat lagi untuk melarikan diri.
Israel telah membunuh hampir 11,500 rakyat Palestin dan melumpuhkan berpuluh-puluh hospital selain menyerang kem pelarian yang pandat dengan penduduk.-Agensi




