Sazali Samad belum mahu bersara

Sazali Samad belum mahu bersara

Sazali (tiga dari kiri) ketika menghadiri Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Pemadam Perak dan Persatuan Kebajikan Kecergasan Komuniti Perak (PKKP) di Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, pada Ahad. – Foto Bernama

JAGUH bina badan negara, Sazali Abdul Samad belum berhasrat untuk bersara dan menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan sebaliknya ingin terus bergiat aktif sebagai atlet bina badan.

Anak jati kelahiran Batu Pahat berusia 56 tahun itu menegaskan buat masa ini beliau sedang mempersiapkan diri selain bercadang menyertai mana-mana kejohanan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

“Belum sampai masa dan terfikir untuk bersara dan jadi jurulatih sepenuh masa. Pada ketika ini, saya sedang mempersiapkan diri dari aspek pemakanan terutama diet untuk memastikan kualiti badan berada pada tahap terbaik.

“Ini kerana saya bercadang untuk menyertai beberapa kejohanan tahun depan yang dilihat bersesuaian dan mampu untuk terus mengumpul koleksi kejuaraan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak dan Persatuan Kebajikan Kecergasan Komuniti Perak (PKKP) di Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, pada Ahad.

Scroll to Top