
Goodison Park yang menjadi laman keramat Everton. – Foto Everton FC
SEORANG ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu pemotongan 10 mata yang dikenakan terhadap Everton di Parlimen negara itu baru-baru ini.
Ahli Parlimen Parti Buruh, lan Byrne mengemukakan usul mengutuk pengurangan 10 mata yang dikenakan terhadap kelab Everton di Liga Perdana Inggeris .
Malah, Byrne juga mendesak satu badan selia bola sepak bagi menyiasat perkara itu ditubuhkan segera.
Everton sebelum ini menjadi kelab pertama saingan Liga Perdana Inggeris yang ditolak mata paling besar dalam sejarah pertandingan tersebut kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris pada Jumaat.



