Nasib pasukan bola sepak orang kudung dari Gaza tidak diketahui

Nasib pasukan bola sepak orang kudung dari Gaza tidak diketahui

Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus UniKL, Dr Asmawi Abdul Malik (dua, kanan) bersalaman bersama pemain bola sepak orang kudung Perak. – Foto Bernama

PENGANJUR Projek Tongkat: Stand with Palestine yang kini dalam misi jelajahnya dari 18 hingga 26 November, masih terputus hubungan dengan pasukan Bola Sepak Orang Kudung As-Salam FC dari Gaza.

Pengarah projek, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, pasukan itu sepatutnya turut menyertai jelajah berkenaan, namun disebabkan serangan terhadap Gaza, mereka tidak dapat datang ke Malaysia selain gagal dihubungi hingga kini.

Beliau berkata, pasukan yang sepatutnya tiba di Malaysia pada 15 November lepas itu turut meninggalkan pesanan yang cukup bermakna buat pihaknya.

Pray for us brother (doakan kami saudaraku), itulah kata-kata terakhir yang kami terima daripada mereka selepas siri serangan tentera Israel ke bumi Gaza sejak Oktober … kami tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau terkorban dalam peperangan itu, tiada khabar berita daripada mereka,” katanya.

Scroll to Top