
Stadium Nasional Bukit Jalil – Foto Bernama
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata, susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay Rabu lepas, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.
“Kami akan pastikan permukaan padang Stadium Nasional boleh digunakan untuk final Piala Malaysia nanti.
“Kami sedar keprihatinan dan kebimbangan yang timbul dan akan segera mengatasi perkara itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



