
Pemain TFC, Ivan Mamut (kiri) diasak pemain Central Coast Mariners. Foto Facebook Piala AFC
TERENGGANU FC (TFC) berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat pasukan Central Coast Mariners di Gosford, Australia pada Rabu.
Keputusan itu menyaksikan TFC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kejohanan tersebut selain terus menghimpit Central Coast Mariners untuk mencabar kedudukan juara Kumpulan G.
Dalam perlawanan itu, tuan rumah dilihat menguasai perlawanan, namun dikejutkan dengan gol tandukan Engku Nur Shakir selepas menerima bola sepakan sudut Sony Norde pada minit ke-53.
Ketika perlawanan seolah memihak kepada TFC, Central Coast Mariners tampil dengan gol penyamaan pada minit ke-87 menerusi gol Miguel Di Pizio untuk mengikat perlawanan.



