
Fourians A melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Piala Extra Joss Bawah 16 tahun di Stadium MBPJ, baru-baru ini.
PASUKAN Fourians A muncul juara Kejohanan Piala Extra Joss Bawah 16 tahun selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato’ Harun 1-0 dalam aksi final di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya baru-baru ini.
Kejohanan itu merupakan anjuran syarikat minuman bertenaga, Extra Joss bersama MBPJ yang bertujuan untuk memupuk budaya sihat dan bersukan dalam kalangan remaja di Petaling Jaya.
Antara pasukan yang menyertai kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu ialah Kampung FC,Tropz FC Padang Jawa dan Padang Jawa FC.
Selaku juara, Fourians A membawa pulang hadiah bernilai RM1.500 serta medal dan piala iringan, sementara SMK Taman Dato’ Harun meraih RM800, medal serta piala iringan.



