
Saddil Ramdani meraikan jaringan rakan sepasukan ketika menentang Hougang United di Stadium Jalan Besar, pada Khamis. – Foto AFC
SABAH FC mengesahkan slot pusingan kalah mati saingan Piala AFC selepas menewaskan wakil Singapura, Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Pada aksi Kumpulan H itu, tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki pemain pertahanan Hougang, Naoki Kuriyama yang mahu mengeluarkan bola pada minit ke-16.
Bagaimanapun, keadaan hujan lebat berserta petir memaksa perlawanan yang bermula pada 8 malam itu dihentikan lebih 30 minit.
Sebaik permainan dimulakan semula, skuad Sang Badak terus mendahului permainan 2-0 apabila giliran Darren Lok mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.



