
Pemain JDT meraikan kemenangan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan TFC di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. – Foto: Bernama
Keputusan penuh perlawanan JDT 3-1 TFC.
–fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berjaya memastikan Piala Malaysia kekal di bumi Johor selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
Kemenangan itu menyaksikan JDT meletakkan penanda aras baharu apabila menjadi pasukan pertama memenangi empat piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.
Malah, Harimau Selatan juga menyamai rekod Kedah yang memenangi ‘double treble’ pada 2007 dan 2008.
Skuad Harimau Selatan itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit keempat perlawanan.



