Kyrgios sedih tarik diri Terbuka Australia

Kyrgios sedih tarik diri Terbuka Australia

Melbourne: Nick Kyrgios menarik diri daripada Terbuka Australia ketika dia terus bergelut untuk mencapai tahap kecergasan terbaik selepas berehat lama akibat dan menggelarkan keputusannya sangat menyayat hati.

Pemain Australia itu menjalani pembedahan lutut pada Januari dan kemudian membatalkan rancangan untuk kembali ke Wimbledon selepas koyak ligamen di pergelangan tangannya.

Dia berkata bulan lalu perlu mencapai tahap kecergasan terbaik untuk dia bersedia kembali ke Grand Slam di laman sendiri pada Januari depan.

“Jadi, ini adalah masa yang sangat mengecewakan bagi saya, tetapi saya tidak akan dapat bersaing di Terbuka Australia 2024,” kata Kyrgios.

“Jelas sekali, menyayat hati. Saya mempunyai begitu banyak kenangan yang menakjubkan di sana, dan saya hanya mahu benar-benar kembali bermain dan melakukannya dengan betul, dan saya memerlukan sedikit masa lagi.

“Walaupun saya tidak akan bertanding tahun ini di AO, saya masih akan berada di sana, mengulas perlawanan, berada di sekitar,” tambahnya.

Bulan lalu, Kyrgios berkata bahawa memenangi Grand Slam kekal sebagai sasarannya, setelah hampir meraihnya di Wimbledon pada 2022 apabila dia tewas kepada Novak Djokovic di final.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top