
Jojo yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya. – Gambar/IG johanghazali_
NAMA petarung muda negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali semakin meniti di bibir rakyat Malaysia selepas mencatatkan prestasi membanggakan dalam arena sukan muay thai antarabangsa.
Bakatnya semakin disedari terutama selepas kejayaan menumpaskan Edgar Tabares, yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship pada Jumaat lalu.
Petarung yang baru berusia 17 tahun mewakili Gim Rentap Muaythai itu hanya memerlukan 36 saat untuk menundukkan lawannya menerusi ‘knockout’ pada pusingan pertama.
Jojo yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.



