Zii Jia ke final All England – Utusan Digital

PETALING: Selepas kandas di separuh akhir tahun lalu lalu, Lee Zii Jia menebus kehampaan dengan melangkah ke final badminton All England di Birmingham sebentar tadi.

Menang mudah di set pembukaan, perseorangan lelaki No. 1 negara itu bagaimanapun dipaksa berhempas pulas di set kedua sebelum menang 21-13, 21-17 ke atas Mark Caljouw dari Belanda.

Zii Jia, 23, pilihan keenam kejohanan kini bakal berdepan pemenang di antara dua jaguh Denmark iaitu pemain No. 2 dunia, Viktor Axelson atau pemain No. 3 dunia, Anders Antonsen.

Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Zii Jia yang mengejutkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota pada suku akhir semalam berpeluang untuk menamatkan penantian tersebut dalam saingan akhir esok.

Scroll to Top