
Pingat yang mahu dijual oleh Jamsari.
BEKAS penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian sekali lagi mahu menjual pingat yang dimenangi ketika beraksi bersama MPPJ FC pada tahun 2001 hingga 2004.
Menurut Jamsari, dia mahu menjual pingat tersebut untuk menampung perbelanjaan selepas tidak dibayar gaji selama tiga bulan oleh Kelantan United FC.
Beliau yang berkhidmat untuk Kelantan United sebagai jurulatih penjaga gol pada musim lalu itu mahu menjual pingat tersebut dengan nilai RM30,000.
“Saya ada muat naik status di Facebook mahu menjual pingat tersebut dan selepas itu, pihak Kelantan United dah keluarkan makluman akan selesaikan bayaran pada akhir bulan ini.



