Chelsea mara ke separuh akhir

Chelsea mara ke separuh akhir

LONDON: Chelsea mara ke separuh akhir Piala FA menerusi kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United sebentar tadi.

Hantaran lintang daripada Ben Chilwell terbias Oliver Norwood untuk gol pendahuluan The Blues.

Namun, Sheffield tampil lebih garang pada babak kedua namun beberapa peluang gagal disudahkan menerusi David McGoldrick dan Rhian Brewster.

Usaha mereka untuk memburu gol pendahuluan sia-sia apabila Hakim Ziyech meledak gol kedua pada masa tambahan. -Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top