
Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan ketiga akan berdepan pasangan bukan pilihan dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024.
PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia berharap agar dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Januari ini.
Tanpa mendedahkan sasaran spesifik di kejohanan yang akan berlangsung di Axiata Arena itu, Aaron berkata, beliau dan gandingannya Soh Wooi Yik tekad mempamerkan prestasi terbaik mereka di hadapan peminat tempatan pada kejohanan berstatus Super 1000 berkenaan.
“Persiapan (Terbuka Malaysia 2024) berjalan dengan baik.
“Sangat penting untuk kita beraksi dengan baik terutama di laman sendiri,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.



