Misbun ‘lanyak’ pemain remaja Thailand

Misbun ‘lanyak’ pemain remaja Thailand

Datuk Misbun Sidek ‘melanyak’ tiga pemain remaja Thailand ketika menjalani latihan bersama Nusa Mahsuri pada Selasa. Foto FB Nusa Mahsuri.

LEGENDA badminton negara, Datuk Misbun Sidek ‘melanyak’ tiga pemain remaja Thailand ketika menjalani latihan bersama Nusa Mahsuri pada Selasa.

Mereka yang terdiri daripada Punnatat Prempunpong, Nuttanon Maku dan Tonkid Saeheng ‘digasak’ dengan cabaran fizikal dan mental ketika latihan masuk hari kesembilan.

Latihan keras itu dikongsi kelab tersebut menerusi laman sosial pada Selasa.

“Memasuki hari kesembilan, kekuatan fizikal dan mental pemain-pemain remaja Thailand benar-benar teruji apabila menerima versi latihan shuttle control digabung dengan match play recover yang dikendalikan sendiri oleh Misbun,” catat kelab itu menerusi hantaran di Facebook.

Scroll to Top