Wanita hamil maut kemalangan, bayi berjaya diselamatkan

Wanita hamil maut kemalangan, bayi berjaya diselamatkan

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Wanita hamil sembilan bulan maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, bayi dikandung berjaya diselamatkan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan berkata, dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, kereta Honda Civic yang dipandu seorang wanita dari arah Tebrau menghala ke Pasir Gudang dipercayai hilang kawalan dan merempuh kotak panel elektrik di pembahagi jalan.

Katanya, akibat kemalangan itu, penumpang yang juga wanita sarat mengandung sembilan bulan berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Pemandu yang juga wanita tempatan berusia 30 tahun cedera ringan dan dirawat di HSI.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top