
Gakpo pencetak gol kemenangan Liverpool. Foto Agensi
GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Fulham 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium Anfield awal pagi Khamis.
Fulham terlebih dulu mengancam pemenang Piala Liga sembilan kali tersebut kekalahan pertama di tempat sendiri dalam semua pertandingan musim ini selepas Willian menjaringkan gol pada minit ke-19.
Bagaimanapun usaha The Reds yang bergelut mencari gol berhasil selepas Curtis Jones dan Cody Gakpo masing-masing menjelmakan gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-68 serta m-71.
“Ini adalah mentaliti dalam kumpulan, kelab dan bandar ini, teruskan sahaja dan tidak kira apa yang berlaku dan kami sekali lagi menunjukannya hari ini…



