
Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin terpaksa akur tewas kepada pasangan China dalam aksi pusingan kedua Terbuka India di New Delhi pada Khamis. – Foto: Agensi.
IMPIAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk melangkah lebih jauh pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi tidak kesampaian.
Pasangan yang menghuni ranking ke-26 dunia itu terpaksa akur tewas kepada juara Siri Jelajah Dunia Akhir 2022 Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China dalam saingan pusingan kedua pada Khamis.
Bagaimanapun kemenangan pasangan kelapan dunia itu bukan diraih dengan mudah apabila diberi tentangan sengit Sze Fei- Nur Izzuddin dalam aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav.
Yu Chen-Xuan Yi bermula dengan baik apabila unggul pada set pertama 21-19, namun pasangan negara bangkit untuk menang 21-17, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.



