EDISI pertama Kejohanan Badminton Remaja NCT telah dijadualkan bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yok Bin, Melaka bermula Jumaat.
Kejohanan yang dijangka menarik penyertaan lebih 5,000 remaja yang berusia antara 9 hingga 15 tahun itu akan dibahagikan kepada 14 kategori.
Peringkat awal kejohanan akan diadakan di lima negeri, sementara aksi Grand Final pula di Kuala Lumpur.
Seramai 505 peserta dari Wilayah Selatan Malaysia dan Pahang Timur akan beraksi di kejohanan yang diadakan di Melaka.
