Selepas lima bulan tinggal di Perth, pelakon tinggi lampai Zahirah MacWilson akan pulang ke tanah air bersama suaminya Aiman Hakim Redza dan anak mereka, Issac Raees bulan hadapan.
Menurut laporan Astro Gempak, pelakon berusia 26 tahun berkata sudah tiba masa untuk dia dan Aiman kembali bekerja apatah lagi suaminya itu sudah mula rindu untuk beraksi di kaca televisyen.
“Aiman pun dah rindu nak kerja balik dan dia bakal memulakan penggambaraan selepas Hari Raya ini.
“Tapi saya pula mungkin akan mengambil masa dalam dua tiga bulan lagi untuk bersedia dari segi mental dan fizikal,” katanya.
Selain itu dalam perkembangan terbaru, dia telah muncul dengan filem aksi komedi berjudul Bulan & Pria Terhebat yang boleh ditonton di Astro First sejak 11 Mac lalu.
Terdahulu, Zahirah yang bersalin pada Januari lalu mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di Australia.
Sumber: Astro Gempak