PM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki 5s negara

PM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki 5s negara

Anwar dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis mengucapkan tahniah atas pencapaian dilakar skuad bimbingan Wallace Tan biarpun tumpas 2-5 kepada Belanda pada aksi final yang berlangsung di Hockey Oman Venue itu.

KEJAYAAN Malaysia muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 pada Rabu malam (awal pagi Khamis waktu Malaysia) mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis mengucapkan tahniah atas pencapaian dilakar skuad bimbingan Wallace Tan biarpun tumpas 2-5 kepada Belanda pada aksi final yang berlangsung di Hockey Oman Venue itu.

“Tahniah kepada pasukan hoki 5 sebelah negara yang menjadi naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah lelaki di Muscat, Oman.

“Terus pamerkan kesungguhan dan aksi luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini,” kata beliau.

Scroll to Top