Aksi terakhir Klopp di Emirates

Aksi terakhir Klopp di Emirates

Klopp meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini. Foto Agensi

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp percaya pasukannya akan menghadapi tugas sukar ketika berkunjung ke Stadium Emirates untuk menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Pengendali kelahiran Jerman itu yang akan berdepan Arsenal buat kali terakhir sebagai bos Liverpool percaya The Gunners merupakan pasukan kuat berdasarkan dua perlawanan terakhir yang dihadapi mereka.

Minggu lalu, Klopp memaklumkan akan meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool pada penghujung musim ini dengan mengatakan bahawa dia kehabisan tenaga selepas lebih lapan tahun yang sangat berjaya bersama kelab Merseyside itu.

“Ia adalah lawan yang sukar (menentang Arsenal). Kami perlu berada pada tahap terbaik kami. Kami telah menentang Arsenal dua kali baru-baru ini, kedua-dua perlawanan kami beraksi tidak sempurna.

Scroll to Top