QATAR sebelum ini membuat keputusan ‘berani mati’ apabila melantik Tintin Marquez bagi menggantikan jurulatih Carlos Queiroz kira-kira sebulan sebelum sepak mula Piala Asia 2023.
Jurulatih dari Sepanyol itu memulakan tugas pada akhir Disember lepas tetapi tempoh sedekad bekerjasama dengan persatuan bola sepak Qatar sebelum itu memudahkan misinya untuk memperkuatkan skuad.
Pasukan tuan rumah itu kini selangkah untuk bergelar juara apabila akan menentang Jordan pada aksi final malam Sabtu.
Marquez bagaimanapun menyifatkan perjuangan mereka bukan mudah dan dia menghamburkan pujian buat para pemain yang memperagakan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri.


