Jordan tetap ‘musuh’ walaupun kami umpama adik-beradik – Lopez

Jordan tetap ‘musuh’ walaupun kami umpama adik-beradik – Lopez

Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta (kiri) bersama Marquez Lopez (kanan) pada sidang media pra-perlawanan akhir di antara Jordan dan Qatar pada Piala Asia 2023 di Pusat Media Utama pada Jumaat. – Foto Bernama

MENJELANG perlawanan akhir Piala Asia 2023 malam esok, Ketua Jurulatih Qatar, Marquez Lopez berkata, The Maroons, tetap melihat Jordan sebagai ‘musuh’ biarpun kedua-dua pasukan dianggap sebagai adik-beradik dalam keluarga Arab yang besar.

Lopez berkata, dalam perhubungan adik-beradik mesti mempunyai persaingan untuk menjadi yang terbaik tetapi tidak boleh merendahkan kemampuan satu sama lain.

Menurutnya, Jordan di bawah bimbingan Hussein Ammouta yang banyak menghabiskan masa di Qatar sebagai pemain dan jurulatih, telah menunjukkan kemajuan yang positif, namun pasukan bimbingannya tidak mahu melepaskan peluang mencipta sejarah memenangi gelaran kedua berturut-turut di laman sendiri.

“Ammouta berkata aksi esok merupakan perlawanan antara adik-beradik, tetapi pada akhirnya akan ada satu pemenang…Ammouta jurulatih yang baik, hubungan antara dua negara (juga) sangat baik dan sudah pasti kami berdua mahu final ini, menjadi satu perlawanan yang baik antara dua negara Arab.

Scroll to Top