Pasangan hilang akibat hutang kutu serah diri, dijangka direman pagi ini

Pasangan hilang akibat hutang kutu serah diri, dijangka direman pagi ini

am@hmetro.com.my

Jitra: Suami isteri yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu dipercayai akibat hutang main kutu akhirnya ditahan polis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kedua-duanya yang berusia 39 dan 36 tahun itu menyerah diri pada 1.50 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Beliau berkata, suami isteri itu dijangka akan direman di Mahkamah Jitra pagi ini.

Media sebelum ini melaporkan, tiga beranak dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.

Berikutan itu, bapa wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top