
Alonso (tengah) ketika ini mengemudi Bayer Leverkusen di puncak saingan Bundesliga Jerman. Foto: Agensi
LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher berkata, bekas pemain tengah kelab tersebut, Xabi Alonso adalah calon terbaik bagi menggantikan Jurgen Klopp.
Klopp mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim, dengan mengatakan dia kehabisan tenaga selepas lapan tahun yang sangat berjaya bersama kelab Merseyside itu.
Sejak pengesahan tersebut, banyak jurulatih telah dikaitkan dengan jawatan utama di Anfield.
Namun bagi Carragher, Alonso adalah pengganti semula jadi kepada Klopp kerana memiliki DNA The Reds.



