
Johnathan Wong. Foto fail Bernama
ATLET menembak negara, Johnathan Wong menamatkan siri latihannya di Denmark dengan memenangi pingat perak acara 10 meter (m) pistol angin lelaki pada Kejohanan Terbuka Denmark 2024, semalam.
Penembak berusia 31 tahun itu mengutip 234.7 mata, untuk menamatkan saingan di belakang juara dari India Arjun Singh, yang mencatatkan 239 mata pada pertandingan berlangsung di Vildbjerg Sports-og Kulturcenter.
Penembak tuan rumah, Hansen Jonas Kofoed, menang gangsa (213.1 mata).
Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Hayati Shamsuri berkata, mereka gembira atas kejayaan Johnathan itu, selepas beliau menduduki tempat kedua pada pusingan kelayakan dengan 576 mata.



