Lapan pasukan tidak jejas kerancakan MPFL Divisyen Satu

Lapan pasukan tidak jejas kerancakan MPFL Divisyen Satu

Rosmadi (tiga dari kiri) bersama Hamidin di Kompleks Sukan Shah Alam pada Sabtu.

KEMERIAHAN dan mutu Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen Satu dijangka tidak terjejas walaupun hanya lapan pasukan bertanding berbanding sasaran awal iaitu 10 pasukan.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, ia kerana lapan pasukan itu adalah pasukan yang biasa mengambil bahagian dan mempunyai peminat tersendiri.

Beliau berkata, khidmat pemain import yang digunakan kebanyakan pasukan juga mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi sekali gus dapat menaikkan imej dan daya saing liga.

“Mereka (lapan pasukan) ini pasukan yang biasa dengan liga kita… saya lihat perlawanan pembukaan hari ini amat sengit, di mana mutu permainan (kedua-dua pasukan) hampir sama.

Scroll to Top