Inter Milan perlu lebih hebat di Liga Juara-Juara

Inter Milan perlu lebih hebat di Liga Juara-Juara

SIMONE Inzaghi berada di ambang kejayaan besar di Inter Milan ketika pengendali pendahulu Serie A itu memburu gelaran pertama dalam sejarah karier kejurulatihannya selain mengintai satu lagi pencapaian dalam Liga Juara-Juara.

Inter berada dalam prestasi yang sangat luar biasa menunggu kunjungan Atletico Madrid pada Rabu, lapan kemenangan daripada lapan pada 2024 memberikan Piala Super Itali dan kelebihan sembilan mata ke atas Juventus di liga utama Itali — dengan satu perlawanan dalam tangan.

Inzaghi telah lama dilihat sebagai jurulatih piala, seorang yang boleh memenangi hadiah pentas kalah mati domestik, namun masih tidak mampu mencabar untuk hadiah terbesar bola sepak iaitu Liga Juara-Juara.

Biarpun begitu perjalanan tahun lalu ke final Liga Juara-Juara diikuti kempen semasa yang hebat dalam Serie A menunjukkan bahawa Inzaghi berada di tangga teratas.

Scroll to Top