SPRM cari Mohd Razain

SPRM cari Mohd Razain

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan seorang individu bagi urusan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

SPRM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan lelaki terbabit, Mohd Razain Hashim, 45, beralamat terakhir di No 43A Jalan Bukit Pandan Bistari 5 Taman Bukit Pandan Bestari, Cheras, di sini.

“Individu berkenaan gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi tujuan pertuduhan kes ditetapkan dan status waran tangkap sudah dikeluarkan oleh mahkamah.

“Justeru itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Nur Farah Qamiellah Mohd Faisal di talian 07-2316000 atau 019-8318743 atau emel kepada farah.qamiellah@sprm.gov.my,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top