PENYAMAN udara adalah satu daripada keperluan utama bagi setiap rumah di Malaysia. Dengan keadaan cuaca panas masa kini, penggunaan penyaman udara adalah sangat penting.
Namun begitu, kualiti dan kebersihan udara di dalam kediaman juga harus diberi keutamaan. Ia bagi membolehkan seisi keluarga bernafas dengan selamat serta dilindungi dari sebarang risiko penularan penyakit.
Lindungi yang tersayang
Dengan adanya penyaman udara nanoe™ X Inverter Panasonic, tiada lagi masalah menjaga keselamatan seisi keluarga terutamanya untuk mereka yang mempunyai anak kecil dan warga emas.
Dilengkapi teknologi nanoe™ X, penyaman udara ini mampu menghalang sehingga 99.99 peatus Novel Coronavirus*.
Teknologi nanoe™ X dicipta dengan kebolehan menghasilkan zarah yang sangat kecil supaya ia boleh menembusi ke dalam lapisan fabrik untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan termasuk asap rokok dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, penyaman udara ini dapat menghalang sebarang pertumbuhan bakteria dan virus sambil memberikan udara yang lembab dan perlindungan sehingga 24 jam.
On Lah Jimat dan selamat!

Risau kos elektrik tinggi? Penyaman udara ini turut didatangkan dengan teknologi Inverter Panasonic dan dilengkapi dengan keupayaan mengubah kelajuan motor secara automatik mengikut kesesuaian suhu bilik.
Fungsi ini adalah untuk memberikan kecekapan penggunaan elektrik di mana kos elektrik setiap bulan akan lebih rendah dari penyaman udara ‘non inverter’.
Tidak salah berbelanja lebih untuk yang tersayang, selain ia juga adalah pelaburan jangka masa panjang.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke ‘roadshow’ Panasonic hujung minggu ini pada
15-17 Mac di Aeon Tebrau, Johor Bahru, 22-24 Mac di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang dan 29 Mac hingga 1 April jam 12 tengah hari sampai 6 pagi di Absolut Bazaar, Mitec KL untuk mengetahui fungsi ‘inverter’ ini dengan lebih mendalam serta berpeluang untuk mendapatkan rebat e-dompet Touch ‘n Go.
Lebih jimat dengan penyaman udara nanoe™ X Inverter Panasonic.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Panasonic Malaysia atau laman media sosial Panasonic di Facebook.
*Teknologi nanoe™ X menghalang Novel Coronavirus (SARS-CoV-2) sehingga 99.99 selama 2 jam, dalam sebuah kotak tertutup 45L (400mm x350mm x 350mm). Suatu ujian telah dijalankan oleh Texcell, sebuah agensi bebas dan bertauliah di Perancis.
*Ujian ini dijalankan khususnya dalam persekitaran makmal tertutup dan direka untuk menjana data kajian asas berkaitan kesan nanoe™ X terhadap Novel Coronavirus. Untuk makluman, ujian ini tidak direka untuk menilai keberkesanan produk.
© New Straits Times Press (M) Bhd




