KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memutuskan memberi bonus sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan penghargaan kepada penjawat awam kerana mereka memainkan peranan yang baik dalam mengutip hasil negeri itu.
“Kalau boleh ada kedudukan kewangan baik kita bagi lebih, sebab ini bukan duit Tokwan ini duit kerajaan negeri Pahang. Dan kita kena bagi balik duit kepada rakyat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Baucer ‘Moh Balik Beraya ke Pahang 2024’ di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.
Tahun lalu kerajaan negeri Pahang menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 sebanyak RM1,200 seorang kepada penjawat awam negeri itu. – MalaysiaGazette




