Wilson juara Kejohanan Snuker Dunia

Wilson juara Kejohanan Snuker Dunia

Sheffield: Kyren Wilson berjaya menyerap tekanan apabila dia melepasi tentangan sengit yang diberikan pemain dari kelayakan, Zak Jones untuk memenangi gelaran Kejohanan Snuker Dunia buat kali pertama.

Wilson yang jelas beremosi akhirnya menang 18-14 pada perlawanan akhir di Sheffield’s Crucible Theatre di utara England tetapi berada dalam tekanan selepas Jones memenangi tiga permainan berturut-turut ketika di kedudukan 17-11.

Bagaimanapun, permainan tetap memihak kepada pemain England ranking ke-12 dunia itu untuk mengetepikan lawan dari Wales.

“Cuba anda bayangkan saya akan berasa malu jika tumpas dan Bailey berpakaian seperti itu,” kata Wilson, sambil menunjukkan ke arah anaknya, yang mengenakan pakaian kot klasik snuker dan tali leher kupu-kupu.

“Saya ingin memohon maaf kepada Jak atas jeritan itu (menjerit ‘come on’ pada bola penentuan) tetapi ia amat bermakna kepada kami semua.

“Ibu dan ayah saya menggadaikan semua dan mengorbankan seluruh hidup mereka untuk membawa saya ke sini. Abang dan isteri saya juga. Senarai itu berterusan dan berterusan, ia adalah usaha pasukan secara besar-besaran.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top